Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Minggu yang lemau

Wednesday, October 7, 2009
Lemau...itula isitilah perjalanan minggu ni. betapa aku teramatla lemau disebabkan masalah kesihatan yang x menentu. bermula last week, ari jumaat...konon rajin la 'menuai padi' kat depan umah...dah masak sangat kan. elok badan pun x kering lagi aku pun bantai mandi terus. Malam dah mula rasa lain macam... Esok nya (sabtu), flattttt... Abis planning nak gi marhaban umah zaid terus jadi meraban atas katil... Umah sanoo buat open house pun x gi. sory ye sanoo... makan la panadol, petang tu macam rasa dah kebah...kuatkan semangat balik kampung, ada marhaban plak kat kampung. hajat nak meriahkan majlis. sampai kluang, flatttt terus... lebih teruk dari pagi.

terpaksa la gi klinik. kepala punya sakit, berdenyut-denyut...ari ahad cam dah ok sket. balik la segamat. isnin rasa cam lega sket walaupun badan masih sakit2...jap lagi malam mula selsema pulak dah...adoiyai...ubat selsema xde. pulun jela apa yang ada...selasa n rabu aku bergelut dengan selsema pulak...habuk satu kerja x menjadi. ting tong dibueknya. nak cuti pun bukan ada orang kat rumah. tido je kat opis kalau dah x tahan hehe...ari ni baru la ok sket. harap ok terusle pasal esok dah nak ke rompin, family day tu...

summerset oh summerset

Petua:

Ni petua yg aku sendiri dah lama x pernah apply kat diri sendiri. Dulu masa kecik2 kalau demam, nenek aku selalu jeram kepala. Jeram tau, bukan rejam hehe...Biasanya selain gi klinik, ni la kaedah tradisional yg diguna oleh org dulu2 untuk melegakan demam dengan cepat. Satu cara ialah ambik daun bunga raya (ye daun bunga kebangsaan tu) then masuk kan dalam semangkuk air (mangkuk yg besar sketla) dan ratakan. Plus, bleh gak tambah beberapa hirisan bawang kecik. Pastu, jeram la kat kepala. camne nak jeram? ala lebih kurang gosok2 air yg ada daun+bawang tadi kek kepala...

Lagi satu ialah guna daun lidah buaya...ala aloe vera sama la tu. tapi yang ni kalau x kena gaya orang muda2 zaman skang ni maybe x tahan. sbb bau lendir dia agak hanyir sket. camne nak buat? ambik je daun lidah buaya, then potong kecik2 sket, belah tengah setiap potongan tadi...Kita boleh lihat isi dalam lidah buaya tu tadi. isi ni le gosok kek kepala. Bau mmg bau, tapi kita akan rasa kepala sojuk jer hehe...

insyaAllah, demam kita akan lega...teringat umah lama kat kampong, arwah atuk tanam pokok bunga raya punya la banyak...merah, kuning, putih...lidah buaya pun banyak, dalam pasu je, gemuk2 lagi. siap ada satu nyonya datang umah mintak, katanya nak buat sup...pehhhhh

3 coretan to Minggu yang lemau:

sanoo said...

eik...kenapa dari tangankirivirgo dah jadi KaFaMi pulak? Cerita, jangan tak cerita...
Kesian....ramai orang suka jadi biskut cipsmore, kawan aku sorang ni jadi biskut lemak yang lemau pulak....nak buat camna, itu kan satu dugaan. InsyaAllah, adalah hikmahnya. Tapi janji tetap janji. Datang umah tetap kena datang umah. Bebawaklah orang umah n anak tu sekali. Sejak dari first time hang datang umah aku (balik dari kursus kat melaka..ingattak?) cakap bawak family datang. kena tunaikan tu. tapi jangan lupa bagi tahu dulu kalau nak datang, bolehlah goreng goreng kopok ke dulu... he..he..he

Musa Abu Samah said...

faiz... mak aku panggil jaram bukan jeram... mungkin istilah berbeza ikut kawasan kot

kamarul said...

ha betul...bukan jeram..ejaan yg tepat ialah jaram...kurang ingatan sbb dah lama x buek hehe..

Post a Comment