Salam 1Malaysia!
Yezz sebelum ni dah ada satu topik tentang pelajar tajaan kita x mau balik Malaysia sebab nak carik duit juta-juta kat luar negara kuikui... baru2 ni aku baru balik dari mengiringi studen aku mengikuti kursus merancang perniagaan (intensif course) 5 hari 4 malam di sebuah pusat belia sekitar Selangor. so, kursus ni mengingatkan aku tentang beberapa perkara yang boleh dikongsikan bersama.
kursus tu dilaksanakan khusus untuk memberi pendedahan kepada studen2 aku ttg bagaimana kita nak set-up perniagaa. tapi, xde la terperinci macam studen2 commerce / banking... agak memadai untuk studen2 aku, kira ok la daripada zero pasal bisnes kan. betapa beruntungnya studen2 aku, sambil berkursus, makan 6 kali sehari! fuhh kenyang2 (termasuk la aku). walaupun studen2 aku semuanya background teknikal / vokasional, kursus ni memberi satu pendedahan pada diorang untuk mengadaptasikan apa yang diorang belajar supaya boleh menjadi satu bisnes di masa akan datang dan bukan kemahiran semata2 untuk makan gaji.
dan aku pernah baca artikel tentang RSE oleh NC UTM. Apa itu RSE? RSE ialah singkatan kepada Research, Scientist & Engineer ... dari artikel tersebut, RSE kat Malaysia ni terlalu jauh bilangannya berbanding negara2 maju. aku agak terkejut (mungkin x sedar) sebab walaupun dah banyak IPT kat negara kita ni, dengan begitu ramai Profesor telah dilahirkan aku sangkakan bil. cerdik pandai S&T kat negara kita ni dah cukup baik, tapi masih jauh dari sasaran rupanya...malah baru2 ni aku terbaca di s/khabar bilangan doktor kita dalam nisbah 1: 1,145 berbanding nisbah terbaik 1: 600 oleh WHO ( if i'm not mistaken)...
dan aku melihat bahawa keusahawanan itu perlu ada kaitan yang sangat rapat dengan RSE. Perniagaan yang berteraskan sains dan teknologi sudah tentu akan membawa negara kita ke satu tahap yang lebih tinggi dalam bersaing dengan negara2 membangun yang lain. dan disitulah sepatutnya kita berada. kita bukan lagi dalam era membekalkan tenaga buruh murah sebaliknya menjadi sebuah negara yang menjadi platform penyediaan industri pembuatan dan berteknologi tinggi...aku amat berharap dan berdoa, agar akan ada pelajar kolej yang menjadi Jurutera profesional, Arkitek, Technologist etc... dan mampu menjana ekonomi negara dengan menjadi pemimpin syarikat2 berteraskan S&T...aku lihat ada bakat2 yang boleh menjadi cemerlang jika terus digilap dan diberi perhatian. cuma, sejauh mana pula harapan mereka untuk pergi lebih jauh, hanya sokongan keluarga dan persekitaran yang positif boleh membantu mereka terus cemerlang... nak tunggu cerdik pandai Malaysia kat luar negara balik, entah bila akan menjadi realiti...jangan putus asa 'memujuk' mereka kembali wahai pemimpinku!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 coretan to Budak aku: bolehkah jadi RSE?:
Post a Comment