Alhamdulillah...sepanjang 2 minggu lepas telah berlangsungnya sesi seliaan terhadap pelajar kolej yang sedang menjalani Latihan Industri (LI). Beberapa kumpulan pensyarah telah pergi melihat dan membuat laporan berkenaan prestasi dan 'attitude' pelajar sepanjang hampir 3 bulan di industri.
Secara keseluruhan, pelajar LI sesi ni agak memuaskan. namun ada beberapa pelajar yang terpaksa dinilai semula prestasi diorang disamping isu-isu seperti kehadiran yang perlu ditangani segera. kadang2 aku terfikir apakah formula terbaik untuk menangani masalah yang sama dari berulang setiap kali pelajar LI. sepanjang aku kerja di tempat lama, masalah yang sama kerap dilakukan oleh pelajar walaupun pada aku nampak benda tu cam mudah je sebenarnya nak ditangani.
secara peribadi, aku menyimpulkan bahawa kebanyakan student aku mempunyai masalah bangun pagi yang agak serius. aku heran gak dengan diorang ni, tel bimbit semua canggih (assume sumer ada clock-alarm) yg setidak2nya boleh bantu mengejutkan diorg pagi2. dah bagai denda aku buat, tapi still diorg sukar untuk menepati masa walaupun kekadang aku terpaksa lewatkan skit masa hehe...pernah terbaca satu arikel di 'paper', sekarang ni kita ada 3 generasi. Gen X, gen Y dan gen Z. Gen X disebut sebagai generasi lama (sebelum 80an) di mana diorang ni yang mudah bangun pagi dan aktif seawal 6-8 pagi. Gen Y pulak generasi pertengahan (sekitar 80an). Generasi ni dinyatakan sebagai golongan yang bangun pagi tapi aktif sekitar 8-10 pg dan generasi yang berjaga lewat malam sekitar 12-2 pg. Dan terkini Gen Z generasi masa kini (90an - millenium la konon). yang ni ala2 batman la, berjaga sampai 3-5 pg dan hanya mula aktif sekitar jam 11-12pm...yang merisaukan aku sebenarnya waktu Subuh diorang huhu...kalau buat bancian, minoriti je yang solat subuh, alahai sedihnya aku...
dengan adanya LI ni, aku harap akan menjadi satu platform mengubah pengurusan masa studen2 aku selain menimba pengalaman di industri. jangan setakat harap elaun dari sykt semata2, tapi fokus mencari pengalaman yang x kan dapat di kolej
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 coretan to Lawatan seliaan pelajar LI:
Post a Comment