Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

2012: New beginning @ restart for KK?

Monday, January 23, 2012
Alhamdulillah, syukur kerana Allah masih memberi peluang kepada hambaNya untuk bernafas di muka bumi ini, disamping terus melaksanakan segala PerintahNya dan meninggalkan LaranganNya. Baru-baru ni, satu majlis dialog (berkenalan dengan lebih dekat barangkali) bersama Ketua Setiausaha KPT dan Ketua Pengarah JPKK telah diadakan di Putrajaya. Amanat dan harapan mereka sangat memberikan perangsang untuk terus berusaha memajukan KK.

1. Tahun 2012 bakal menyaksikan perubahan baru dalam organisasi KK. Perubahan ini mungkin akan menjadi pemangkin kepada usaha kepimpinan baru untuk menjadikan KK lebih menonjol dan menjadi pilihan pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat khususnya masyarakat setempat.

2. Program sepenuh masa berasaskan modular dijangka akan menjadi produk pilihan (walaupun dulu memang dah ada) pelajar lepasan menengah khsusnya. Ini memang sangat dihargai sekiranya dapat direalisasikan secara holistik untuk semua program.

3. Penjimatan mungkin akan berlaku, so semua unit/bahagian akan melaksanakan program secara berjimat cermat dan pada masa yang sama matlamat dan objektif tercapai. Satu cabaran untuk semua staf KK.

4. Secara peribadi, KK memang perlu melakukan sesuatu supaya lebih relevan. Kolej VocTech dah wujud (ada Diploma!), Politknik Premier pun dah ada (Adv. Diploma!). Aku berdoa semoga program Diploma dikembalikan, at least...

KK semoga namamu akan harum megah (seperti dalam lagu), amin...

Penutup 2011: Pembukaan 2012

Sunday, December 25, 2011
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. rasanya pelbagai cobaan dan dogaan sepanjang tahun ni yang memberikan pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan (khairul ashraf muhamad 2011). tahun ni memberikan banyak pengalaman pada aku untuk menguruskan kewangan kerajaan dengan lebih berhemah. kadang terasa stress (bila la duit ni nak abes) hehe...namun, berkat sokongan rakan-rakan dan tunjuk-ajar Pengarah banyak membantu (sangat-sangat!). Terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang menjayakan Program Latihan 1Malaysia :) Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

2012 bakal membuka tirai (masih surprise) program apakah yang diberikan kepada kolej aku khususnya. angin bertiup namanya "Say 1Malaysia" ...yer la kot. kalau dapat lagi program "one-off", haaaa alamatnya memang kerja kelam kelibut (KK jugak). apapun, semua adalah untuk masyarakat atau lebih tepat RAKYAT. semoga masyarakat sekeliling yang berhampiran (khususnya kawasan Batu Anam @ Parlimen Segamat) mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan.

Aku juga telah berkenalan dengan lebih dekat dengan EMAS pada tahun 2011. lebih dekat? yer, lebih dekat dan lebih memahami kelebihan dan fungsi EMAS. Jika selama aku hidup, aku hanya mengenali EMAS sebagai barang kemas/perhiasan semata-mata! Nilainya hanya sebagai barang yang diminati kaum wanita sebagai pelengkap kecantikan. Sekarang aku sedar, EMAS secara tak langsung berfungsi sebagai simpanan yang "solid" dan boleh jadi sebagai pelaburan yang baik. tanpa aku sedar, sekeping syiling emas yang aku mula simpan pada 2010, nilainya menjadi 30% lebih tinggi pada 2011. Semoga 2012 akan menjadi tahun menambah koleksi simpanan EMAS. Kawan-kawan, bila lagi?

Cuba kembali...

Sunday, May 15, 2011
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Wahhh...dah begitu lama aku tak masuk blog ni. Password pun siap lupa, nasib la boleh recover semule...Rasanya macam nak aktif semula. Sebelum ni lebih mudah menggunakan facebook. Tetiba plak rasa nak memberi 'nyawa' baru pada blog aku ni...

Sekarang dah ada tugas baru yang lebih mencabar: Menguruskan Kursus Pendek atau nama bestnya Pembelajaran Sepanjang Hayat atau ringkasnya PSH...Tinggi sasarannya, besar pula isi 'periuknya' yg perlu diuruskan secara berhemah....pewh, sangat memeningkan dan memaksa aku berfikir di luar kebiasaan...Semoga Allah memberikan petunjuk dan perlindungan dalam menggalas tugas baru ini...Aaminnnnn...

Di satu sudut yang lain, aku juga mengharapkan rakan-rakan sekerja dapat bersama berganding bahu merealisasikan aspirasi dan harapan kerajaan dalam menjayakan PSH ini...Mana-mana kekurangan yang perlu diperbaiki dapatla dilontarkan idea yang boleh membantu.

Sekian mukadimah 2011

Budak aku: bolehkah jadi RSE?

Wednesday, October 28, 2009
Salam 1Malaysia!

Yezz sebelum ni dah ada satu topik tentang pelajar tajaan kita x mau balik Malaysia sebab nak carik duit juta-juta kat luar negara kuikui... baru2 ni aku baru balik dari mengiringi studen aku mengikuti kursus merancang perniagaan (intensif course) 5 hari 4 malam di sebuah pusat belia sekitar Selangor. so, kursus ni mengingatkan aku tentang beberapa perkara yang boleh dikongsikan bersama.

kursus tu dilaksanakan khusus untuk memberi pendedahan kepada studen2 aku ttg bagaimana kita nak set-up perniagaa. tapi, xde la terperinci macam studen2 commerce / banking... agak memadai untuk studen2 aku, kira ok la daripada zero pasal bisnes kan. betapa beruntungnya studen2 aku, sambil berkursus, makan 6 kali sehari! fuhh kenyang2 (termasuk la aku). walaupun studen2 aku semuanya background teknikal / vokasional, kursus ni memberi satu pendedahan pada diorang untuk mengadaptasikan apa yang diorang belajar supaya boleh menjadi satu bisnes di masa akan datang dan bukan kemahiran semata2 untuk makan gaji.

dan aku pernah baca artikel tentang RSE oleh NC UTM. Apa itu RSE? RSE ialah singkatan kepada Research, Scientist & Engineer ... dari artikel tersebut, RSE kat Malaysia ni terlalu jauh bilangannya berbanding negara2 maju. aku agak terkejut (mungkin x sedar) sebab walaupun dah banyak IPT kat negara kita ni, dengan begitu ramai Profesor telah dilahirkan aku sangkakan bil. cerdik pandai S&T kat negara kita ni dah cukup baik, tapi masih jauh dari sasaran rupanya...malah baru2 ni aku terbaca di s/khabar bilangan doktor kita dalam nisbah 1: 1,145 berbanding nisbah terbaik 1: 600 oleh WHO ( if i'm not mistaken)...

dan aku melihat bahawa keusahawanan itu perlu ada kaitan yang sangat rapat dengan RSE. Perniagaan yang berteraskan sains dan teknologi sudah tentu akan membawa negara kita ke satu tahap yang lebih tinggi dalam bersaing dengan negara2 membangun yang lain. dan disitulah sepatutnya kita berada. kita bukan lagi dalam era membekalkan tenaga buruh murah sebaliknya menjadi sebuah negara yang menjadi platform penyediaan industri pembuatan dan berteknologi tinggi...aku amat berharap dan berdoa, agar akan ada pelajar kolej yang menjadi Jurutera profesional, Arkitek, Technologist etc... dan mampu menjana ekonomi negara dengan menjadi pemimpin syarikat2 berteraskan S&T...aku lihat ada bakat2 yang boleh menjadi cemerlang jika terus digilap dan diberi perhatian. cuma, sejauh mana pula harapan mereka untuk pergi lebih jauh, hanya sokongan keluarga dan persekitaran yang positif boleh membantu mereka terus cemerlang... nak tunggu cerdik pandai Malaysia kat luar negara balik, entah bila akan menjadi realiti...jangan putus asa 'memujuk' mereka kembali wahai pemimpinku!

Lawatan seliaan pelajar LI

Wednesday, October 21, 2009
Alhamdulillah...sepanjang 2 minggu lepas telah berlangsungnya sesi seliaan terhadap pelajar kolej yang sedang menjalani Latihan Industri (LI). Beberapa kumpulan pensyarah telah pergi melihat dan membuat laporan berkenaan prestasi dan 'attitude' pelajar sepanjang hampir 3 bulan di industri.

Secara keseluruhan, pelajar LI sesi ni agak memuaskan. namun ada beberapa pelajar yang terpaksa dinilai semula prestasi diorang disamping isu-isu seperti kehadiran yang perlu ditangani segera. kadang2 aku terfikir apakah formula terbaik untuk menangani masalah yang sama dari berulang setiap kali pelajar LI. sepanjang aku kerja di tempat lama, masalah yang sama kerap dilakukan oleh pelajar walaupun pada aku nampak benda tu cam mudah je sebenarnya nak ditangani.

secara peribadi, aku menyimpulkan bahawa kebanyakan student aku mempunyai masalah bangun pagi yang agak serius. aku heran gak dengan diorang ni, tel bimbit semua canggih (assume sumer ada clock-alarm) yg setidak2nya boleh bantu mengejutkan diorg pagi2. dah bagai denda aku buat, tapi still diorg sukar untuk menepati masa walaupun kekadang aku terpaksa lewatkan skit masa hehe...pernah terbaca satu arikel di 'paper', sekarang ni kita ada 3 generasi. Gen X, gen Y dan gen Z. Gen X disebut sebagai generasi lama (sebelum 80an) di mana diorang ni yang mudah bangun pagi dan aktif seawal 6-8 pagi. Gen Y pulak generasi pertengahan (sekitar 80an). Generasi ni dinyatakan sebagai golongan yang bangun pagi tapi aktif sekitar 8-10 pg dan generasi yang berjaga lewat malam sekitar 12-2 pg. Dan terkini Gen Z generasi masa kini (90an - millenium la konon). yang ni ala2 batman la, berjaga sampai 3-5 pg dan hanya mula aktif sekitar jam 11-12pm...yang merisaukan aku sebenarnya waktu Subuh diorang huhu...kalau buat bancian, minoriti je yang solat subuh, alahai sedihnya aku...

dengan adanya LI ni, aku harap akan menjadi satu platform mengubah pengurusan masa studen2 aku selain menimba pengalaman di industri. jangan setakat harap elaun dari sykt semata2, tapi fokus mencari pengalaman yang x kan dapat di kolej

Minggu yang lemau

Wednesday, October 7, 2009
Lemau...itula isitilah perjalanan minggu ni. betapa aku teramatla lemau disebabkan masalah kesihatan yang x menentu. bermula last week, ari jumaat...konon rajin la 'menuai padi' kat depan umah...dah masak sangat kan. elok badan pun x kering lagi aku pun bantai mandi terus. Malam dah mula rasa lain macam... Esok nya (sabtu), flattttt... Abis planning nak gi marhaban umah zaid terus jadi meraban atas katil... Umah sanoo buat open house pun x gi. sory ye sanoo... makan la panadol, petang tu macam rasa dah kebah...kuatkan semangat balik kampung, ada marhaban plak kat kampung. hajat nak meriahkan majlis. sampai kluang, flatttt terus... lebih teruk dari pagi.

terpaksa la gi klinik. kepala punya sakit, berdenyut-denyut...ari ahad cam dah ok sket. balik la segamat. isnin rasa cam lega sket walaupun badan masih sakit2...jap lagi malam mula selsema pulak dah...adoiyai...ubat selsema xde. pulun jela apa yang ada...selasa n rabu aku bergelut dengan selsema pulak...habuk satu kerja x menjadi. ting tong dibueknya. nak cuti pun bukan ada orang kat rumah. tido je kat opis kalau dah x tahan hehe...ari ni baru la ok sket. harap ok terusle pasal esok dah nak ke rompin, family day tu...

summerset oh summerset

Petua:

Ni petua yg aku sendiri dah lama x pernah apply kat diri sendiri. Dulu masa kecik2 kalau demam, nenek aku selalu jeram kepala. Jeram tau, bukan rejam hehe...Biasanya selain gi klinik, ni la kaedah tradisional yg diguna oleh org dulu2 untuk melegakan demam dengan cepat. Satu cara ialah ambik daun bunga raya (ye daun bunga kebangsaan tu) then masuk kan dalam semangkuk air (mangkuk yg besar sketla) dan ratakan. Plus, bleh gak tambah beberapa hirisan bawang kecik. Pastu, jeram la kat kepala. camne nak jeram? ala lebih kurang gosok2 air yg ada daun+bawang tadi kek kepala...

Lagi satu ialah guna daun lidah buaya...ala aloe vera sama la tu. tapi yang ni kalau x kena gaya orang muda2 zaman skang ni maybe x tahan. sbb bau lendir dia agak hanyir sket. camne nak buat? ambik je daun lidah buaya, then potong kecik2 sket, belah tengah setiap potongan tadi...Kita boleh lihat isi dalam lidah buaya tu tadi. isi ni le gosok kek kepala. Bau mmg bau, tapi kita akan rasa kepala sojuk jer hehe...

insyaAllah, demam kita akan lega...teringat umah lama kat kampong, arwah atuk tanam pokok bunga raya punya la banyak...merah, kuning, putih...lidah buaya pun banyak, dalam pasu je, gemuk2 lagi. siap ada satu nyonya datang umah mintak, katanya nak buat sup...pehhhhh

Bagi Ribena balas Tuba :(

Thursday, October 1, 2009
teringat iklan raya ribena lakonan MTS kat TV...yg kelako nya budak tu cakap "mintak2 bukan sirap lagi..." lebih kurang gitula yang mana akhirnya MTS bagi sorang sekotak air ribena. Dan kalau kita panjangkan sendiri iklan tu, mungkin budak tu akan dapat duit raya, dan setidak2nya bebudak tu akan mengucapkan "terima kasih makcik, selamat aghi ghaye".

itula serba ringkas induksi kepada karangan ari ni (maybe xde kaitan sangat pun huhu). beberapa hari lepas aku ada baca sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris (walaupun kecekapan BI tu agak hampas). dalam paper tu aku secara rambang terbaca satu artikel atau lebih tepat lagi pandangan yang dikirimkan oleh pembaca melalui email. Tajuk dia aku x berapa ingat, tapi lebih kurang camni bila di 'translate':

"Graduan luar negara x nak balik Malaysia"

pandangan tersebut dikirimkan oleh seorang graduan tahun akhir di sebuah universiti luar negara. beliau secara hampanya meluahkan rasa kecewa terhadap sebilangan rakan2 senegara yang sama2 menuntut di sana, pakat2 x mau balik Malaysia selepas tamat belajo. kekecewaan tersebut dikuatkan lagi dengan biasiswa yang diberi oleh kerajaan Malaysia yang baik 'hati', sangatla baik 'hati'... kebanyakan rakan2 beliau pakat nak menetap di sana dan mencari rezeki (kalau aku jadi kerajaan mmg aku x redha). malah ada yang dah menandatangani kontrak pekerjaan di sana. dengan gaji (mata wang) yang lebih besar, mereka yang ditaja ni kata boleh bayar balik duit biasiswa yang ditanggung kerajaan... kan bagus kalau kerajaan boleh tau niat diorg ni, terus je kasik batal biasiswa...

Fuhh aku yang baca pun boleh menyirap, apatah lagi 'hati' kerajaan yang bagi biasiswa nih...'hati' kerajaan ni aku lebih suka merujuk rakyat Malaysia yang taat setia yang bayar cukai itu, cukai ini, untuk membangunkan negara termasuklah bagi duit kat diorg2 yang bijak pandai nih... pernah x diorg terpikir untuk menyumbang kembali kepakaran yang diperolehi supaya boleh dikongsi oleh anak bangsa. malah sebelum ni kerajaan pernah beriya untuk memanggil ramai rakyat Malaysia yang cerdik pandai cemerelang gemilang terbilang balik berkhidmat ke negara tercinta. hasilnya... lu pikirla sendiri...

memangla kita boleh bayar balik biasiswa kerajaan. tapi ini soal kepentingan intelektual dan aset negara yang sepatutnya bertambah dari masa ke semasa yang mana akan menjadi sumber modal insan pada jangka masa panjang. kalau kita berkorban duit untuk kepentingan akan datang, aku rasa lebih banyak diorg yang cerdik pandai ni boleh sumbang. kerana duit kita leka huhu...

Seorang anak yang lupa asal-usulnya...lebih kurang gitula. mak bapak penat lelah bela susah payah sampai besor jadi orang2 besor. duit bagi tiap bulan2, tapi mak bapak ni x heran sangat ngan duit. diorg cuma nak tengok anak cucu je huhu...tapi jangan kata sebulan sekali, setahun sekali pun belum tentu... Aku harap diorg yang cerdik pandai ni balikla, sumbang la kepakaran tu kat negara tercinta... x kan kita asyik nak import orang luar jadi CEO, jadik Doktor Pakar, jadik Pensyarah, jadi Ketua Jurutera.... pleazzzzzzzzz