Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

2012: New beginning @ restart for KK?

Monday, January 23, 2012
Alhamdulillah, syukur kerana Allah masih memberi peluang kepada hambaNya untuk bernafas di muka bumi ini, disamping terus melaksanakan segala PerintahNya dan meninggalkan LaranganNya. Baru-baru ni, satu majlis dialog (berkenalan dengan lebih dekat barangkali) bersama Ketua Setiausaha KPT dan Ketua Pengarah JPKK telah diadakan di Putrajaya. Amanat dan harapan mereka sangat memberikan perangsang untuk terus berusaha memajukan KK.

1. Tahun 2012 bakal menyaksikan perubahan baru dalam organisasi KK. Perubahan ini mungkin akan menjadi pemangkin kepada usaha kepimpinan baru untuk menjadikan KK lebih menonjol dan menjadi pilihan pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat khususnya masyarakat setempat.

2. Program sepenuh masa berasaskan modular dijangka akan menjadi produk pilihan (walaupun dulu memang dah ada) pelajar lepasan menengah khsusnya. Ini memang sangat dihargai sekiranya dapat direalisasikan secara holistik untuk semua program.

3. Penjimatan mungkin akan berlaku, so semua unit/bahagian akan melaksanakan program secara berjimat cermat dan pada masa yang sama matlamat dan objektif tercapai. Satu cabaran untuk semua staf KK.

4. Secara peribadi, KK memang perlu melakukan sesuatu supaya lebih relevan. Kolej VocTech dah wujud (ada Diploma!), Politknik Premier pun dah ada (Adv. Diploma!). Aku berdoa semoga program Diploma dikembalikan, at least...

KK semoga namamu akan harum megah (seperti dalam lagu), amin...