Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. rasanya pelbagai cobaan dan dogaan sepanjang tahun ni yang memberikan pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan (khairul ashraf muhamad 2011). tahun ni memberikan banyak pengalaman pada aku untuk menguruskan kewangan kerajaan dengan lebih berhemah. kadang terasa stress (bila la duit ni nak abes) hehe...namun, berkat sokongan rakan-rakan dan tunjuk-ajar Pengarah banyak membantu (sangat-sangat!). Terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang menjayakan Program Latihan 1Malaysia :) Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
2012 bakal membuka tirai (masih surprise) program apakah yang diberikan kepada kolej aku khususnya. angin bertiup namanya "Say 1Malaysia" ...yer la kot. kalau dapat lagi program "one-off", haaaa alamatnya memang kerja kelam kelibut (KK jugak). apapun, semua adalah untuk masyarakat atau lebih tepat RAKYAT. semoga masyarakat sekeliling yang berhampiran (khususnya kawasan Batu Anam @ Parlimen Segamat) mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan.
Aku juga telah berkenalan dengan lebih dekat dengan EMAS pada tahun 2011. lebih dekat? yer, lebih dekat dan lebih memahami kelebihan dan fungsi EMAS. Jika selama aku hidup, aku hanya mengenali EMAS sebagai barang kemas/perhiasan semata-mata! Nilainya hanya sebagai barang yang diminati kaum wanita sebagai pelengkap kecantikan. Sekarang aku sedar, EMAS secara tak langsung berfungsi sebagai simpanan yang "solid" dan boleh jadi sebagai pelaburan yang baik. tanpa aku sedar, sekeping syiling emas yang aku mula simpan pada 2010, nilainya menjadi 30% lebih tinggi pada 2011. Semoga 2012 akan menjadi tahun menambah koleksi simpanan EMAS. Kawan-kawan, bila lagi?