Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

G9 - Nine Daredevils on September

Wednesday, September 30, 2009

Muahahahaha... Tajuk ari ni lain macam sket. Nama macam pergerakan sulit pun ada... mmg sulit pun, tapi sulit kat kolej je hehehe... ape sebenarnya "G9- Nine Daredevils on September" ? Hari ni (1 Oktober 09) aku berjaya juga 'meracuni' pemikiran rakan2 di opis yang lahir pada bulan September untuk membuat satu 'simposium' (boleh pakai ke istilah nie?) hehe...

Kitorang together-gether buat makan2 kek khas untuk insan2 suci yang lahir pada bulan September. benda ni agak ad-hoc la, sbb tu terpaksa buat pada 1 Okt 09 memandangkan hari-hari akhir di bulan Sept ada yg terlibat dengan meeting dan sebagainya. Uniknya nama "G9" tu diambil sempena geng 9 orang yang menyambut ulang tahun kelahiran di bulan 9 (sept) pada tahun 2009... tu yang semangat giler nak buat hehe... Ni la dia insan2 yang lahir pada bulan Sept:


Dari kiri depan: Ayu (24 Sept), mastura (26 Sept), Lan (1 sept) potong kek, Dayah (15 sept)
Dari kiri belakang: Syaza (18 sept), Pejal ( 19 sept), , zaini (29 sept) , hehe Syila (25 sept). Syila, aku dah upload gambar hehe

Dah lama aku terpikir nak buat camni, sejak dari tempat keje lama lagi, akhirnya tercapai jugak hajat aku hehe... Walaupun xde hadiah, tapi feel mmg ada...rasa macam zaman kanak2 riang ria plak sambut besday hehe... Thanks a lot to dayah sebab bersusah payah mendapatkan kek dari Batu Pahat tuuu...semata2 untuk dptkan kek terbaik hehe...thanks again...dan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada rakan2 yang memeriahkan majlis dan sudi tontong onkogsnya hehe...

kepada rakan2 opis yang lain, ni bukan pilih kaseh yer...ni mmg pilih bulan 9 jek hehe... Suka2 lepas aghi ghaye :)

Kenapa Tangan Kiri Virgo??

Tuesday, September 29, 2009
Kenapa url blog aku guna nama tuh? senang je... sebab pertama ialah aku menulis dengan tangan kiri, kata orang bugis - lefthanded hehe... memang dari kecik sampai la ni, aku tulis tangan kiri. pernah gak buat eksperimen nak tulis tangan kanan, tapi tidak mendatangkan hasil yang lumayan. my sis bagitau, aku ni 'nurun ibu ku. sbb ibuku menulis dengan tangan kiri gak (walaupun x pernah tgk ibuku menulis secara live depan mata)... sungguhpun begitu, tidak semua kerja aku gunakan tangan kiri ku ini. malah, dalam kebanyakan kerja aku guna tangan kanan. termasuklah main badminton, ping-pong dan lain-lain... tapi kalau bab potong sayur ka, buah ka,...aku potong guna tangan kiri. maknanya buah/sayur aku pegang guna tangan kanan... pernah nenek aku bising 'potong tangan kiri lembab'...aku cakap 'xpe, pegang buah/sayur tangan kanan, lagi bersih' hehehehe...

Pasal Virgo plak, yg ni orang x belaja ilmu bintang pun boleh tau hehe...aku dilahirkan pada bulan september dalam lingkungan bintang Virgo. tapi jangan tanya aku la ciri2 org bintang virgo, mmg aku tak tau pun hehe...

sebab tu la datang nama tangankirivirgo ...simple kan :)

Cuba kau cuba...

Wednesday, September 16, 2009
Coba kau coba... tu bait lagu Faizal Tahir
Cuba cuba jangan cuba ... tu bait lagu abang Jam / SY kiter

Dah lama nak cuba...akhirnya Ashraf telah menjadi speaker kepada percubaan itu... Blog! em selama ni banyak dengar tentang dunia blog kat paper, tv, radio etc. paling hangat diperkatakan bila blogger buat komen/ulasan yang boleh menjatuhkan seseorang/organisasi, sama ada komen/ulasan tu tepat ataupun tidak kitapun x tau. sampai nak buat akta tentang penggunaan blog nih... hee xpela, tu biarla pemikir undang2 menentukannya...harap pemilik blog termasuk AKU sendiri menggunakan kecanggihan ICT ni ke arah kebaikan.... Amal Ma'ruf Nahi Mungkar

Amin